Jun 16, 2011

Aku Jambatan bahagia kau (16/6/11 coretan berani mati)

Buat bekas dewi hati..
Semoga bahagia yang kau kecapi kini
Kekal sampai mati

Terkilan? tidak
petanda sebenarnya banyak
cuma aku yang tak nampak
hah ya betul aku buat-buat tak nampak
kerana kau yang aku hendak..

Itu dulu
kau bukan lagi yang aku kenal dulu
dan aku tidak lagi sebodoh dan selemah dulu
kubur cinta kita telah aku tanam disuatu tempat jauh didalam hati
Tiada liang,
tiada sayang.
Semuanya hilang

Aku
Lelaki yang pernah kau tolak lima kali
takut kau dipermainkan aku
takut hubungan ni sebenarnya kawan yang disalah erti akibat kekeliruan hati
orang kata aku playboy
berdoalah sebab rasa sayang itu dah ada dalam hati
macam mana orang nak terima awak kalau orang dah ada orang lain.
Aku lelaki yang kau tipu berkali-kali
awak...orang dah kurus ingat awak
orang anggap die cam abang je (walau sama baya?)
nak jeles nape die dah ade girlfriend dah (tapi 7 gambar dia disimpan dalam telefon)
Lelaki yang kau mintak peluang ratusan kali
awak bagi orang peluang untuk buktikan org sayang awak
kali ni je wak..what i need is a chance to change.
Bagi peluang untuk org cintai awak like you do
Itu belum taburan janji yang engkau saji dan kau tuntut
Janji yeh jgn tinggal org?
Janji tau kalau awak tak sayang org lagi awak akan bagitau
Org janji akan berubah wak..
Orang janji orang akan buang die jauh
Orang janji takde dah die sebab orang nak awak.
Orang janji wak kalau awak bagi peluang orang takkan sakitkan awak lagi..
Lepas diri tak diingini lagi aku juga lelaki yang kau cakap tak pandai menjaga hati

Dulu aku berlari..
mengejar mimpi..
untuk menjadikan kau sebagai suri
Kini berdiri pun belum boleh lagi
Kerna kau dewi.. tak terkira berapa bidadari yang aku sakiti..
Tengok bertapa besarnya harga yang perlu aku bayar untuk kebahagiaan kau

Yang pernah kugelar dewi..
Tak lame lagi kau bakal dinikahi
Oleh lelaki yang cukup aku benci
Sipondan yang tak berpegang pada janji

Harap kau dan bakal suami
bahagia sampai mati
Dimurahkan rezeki
Semoga pernikahan kalian diberkati ilahi
Dikurniakan anak yang comel-comel

tapi harus kau ketahui
bahagia yang engkau cipta dengan si dia
berteraskan duka lelaki yang baru kenal erti cinta.

Kau sekolahkan aku yang cinta tak perlu setia
Cinta tak perlu jujur segala.
harta, kayu tiga dan air mata
itu formula kau mungkin

Aku?
Nanti lah
Tak perlu kau risau
biarlah merangkak..
Selamat pengantin baru
Buat kau yang pernah aku cintai

"terima kasih wak..awak da banyak berkorban untuk orang, sorry orang tak mampu nak balas pengorbanan awak. Awak banyak ajar org. sorry orang banyak buat awk terluka.  ramai lagi perempuan yang lebih baik dari orang nanti awk akan jumpe. awk takan hilang dari ingatan org, orang buat ni untuk awk bahagia, dengan org awk lbh bnyk terluka. sorry buang masa awk 6 taun lbh. maafkan orang. mintak halal makan minum orang"

ANGKA DAN FAKTA:
6 tahun lebih : hantar balik sekolah, teman pergi tusyen tunggu abis kelas tusyen, panas terik basah kuyup, kene kejar anjing, naik bas penuh boyan semua diredah untuk pastikan kau selamat sampai rumah.
18/8/2009 : its over wak. its too late.
18/6/2011 : naik pelamin

Formula yang aku jumpa:
Say yes to a relationship, say no to commitment
dalam ertikata lain skandal boleh cintan cintun jangan
Jangan percaya ayat "only you dalam hati i" tu yg dalam hati
Yang kat luar tepi kanan dan kiri hati? tak masuk lagi atas dan bawah hati? kan?


Aku Jambatan bahagia kau (16/6/11 coretan berani mati)

Buat bekas dewi hati.. Semoga bahagia yang kau kecapi kini Kekal sampai mati Terkilan? tidak petanda sebenarnya banyak cuma aku yang t...